19 Oktober 2017 | Aktiviti TerkiniMake up class with Mary Kay
Pada 18 Oktober 2017, Pusat Internet 1 Malaysia Padang Besar Selatan telah mengadakan kelas Make up bersama Mary Kay Beauty Consultant. Aktiviti ini telah diadakan di dalam Bilik Latihan Pusat Internet 1 Malaysia Pokok Jawi. Tujuan aktiviti ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang penjagaan muka yang betul serta teknik-teknik makeup yang betul. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menarik minat para peserta untuk menjalankan aktiviti di PI dengan menyertai kelas-kelas yang tidak hanya tertumpu kepada ICT semata-mata.
Peserta diajar tentang teknik penjagaan kulit yang betul serta teknik-teknik makeup yang betul. Semua peralatan dan produk yang digunakan disediakan oleh Pihak Mary Kay. Melalui kelas ini, para peserta dapat menambah pengetahuan tentang makeup dan penjagaan kulit serta dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari untuk dijadikan sumber pendapatan justeru menjadi menjadi usahawan. Disamping itu juga, ianya dapat merapatkan hubungan PI dengan komuniti dan dapat memperkenalkan PI dengan lebih dekat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: